Search

“Ala ni kereta taste ORANG TUA yang BERJAYA jer”
  • Share this:

“Ala ni kereta taste ORANG TUA yang BERJAYA jer”

“Ko tau macam mana dia dapat? Jual dadah..boleh lah”

“Dia beli guna duit bini dia yang keje Cikgu tu!”

Haishhhh... 😪 korang ingat ke ingat cerita saya saya sebelum ni. Masa tu mampu beli Toyota Camry, orang kata kereta Apek tua. Eehh rupanya tak habis lagi.

2012 tu rezeki Allah beri izin saya berjaya miliki kereta yang memang jadi igauan saya, Brand New Mercedes C200. Saya dapat ketika umur 29 tahun.

Giler beb.. dulu nampak jer kereta lalu berdebar, angau, jadi tak tentu arah dibuatnya 😱.

Dah dapat miliki ni ada lagi yang tak berhenti bercakap. Majoriti bangsa sendiri. Kat sini saya belajar sesuatu, satu keputusan penting saya buat 🤨.

Bukan semua manusia redha dengan kejayaan orang lain. Diorang yang redha, insyaAllah dia akan berjaya.

Diorang yang tak redha akan cuba cakap benda yang buruk.. Kenapa jadi macam tu? Adakah dia cuba burukkan kita. Tidak!

ABIS TU KENAPA?

Untuk sedapkan diri diorang sendiri, dalam masa sama diorang marah kenapa dia sendiri tak capai kejayaan yang dia nak. Nak ‘pujuk’ diri punya pasal cara paling senang, membawang kejayaan orang 😕.

Ada yang suka, ada yang puji dan ucapkan kata-kata semangat pada saya masa tu. Saya sangat hargai.

Yang kata tak baik, pun saya terima sebab itu satu tekanan yang baik. Biasanya kita bayar yuran pada coach untuk beri kita tekanan, diorang beri ‘perkhidmatan’ beri tekanan secara PERCUMA.

Diorang buatkan hidup saya jadi tak selesa. Tugas mereka ni penting beb! Serius 🤗!

Jadi jika ada yang membawang, membalun, mengata korang tu terima jer seadanya. Tak perlu tunjuk apa korang buat, tunjukkan RESULT jer!

THE BEST REVENGE IS SUCCESS ! 😏

#ORMnajibasaddok
#NakTarikPelanggan


Tags:

About author
Momentum Internet Sdn Bhd 201401003925
Najib Asaddok yang dikenali sebagai Online Rocket Marketing ( ORM ) Expert membantu para usahawan, p
View all posts